 |
 |
 |
|
Wednesday, October 28, 2009
Laksanakan amanah Demi Syiar Islam

Pembukaan
kota makkah (Fath Makkah) merupakan satu sejarah besar bagi umat Islam
dalam kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi SAW masuk ke Makkah,
kunci Kaabah dibawah jagaan Osman bin Talhah bin Abi Ad-Dar yang
merupakan siak kaabah.Osman
bin Talhah tidak pernah melihat Nabi SAW melainkan dengan mendengar
nama "Muhammad" sahaja. Justeru, ketika kemasukan Nabi Muhammad SAW ke
Makkah, Osman bin Talhah telah naik di atas bumbung kaabah, iaitu di
kala diminta oleh nabi SAW untuk mendapatkan kunci Kaabah.Setelah
diberitahu, barulah dia mengetahui bahawa insan yang meminta anak kunci
kaabah tersebut adalah nabi SAW, menyebabkan Osman bin talhah telah
menyerahkan anak kunci kaabah yang berada ditangannya kepada Ali bin
Abi Talib.Ali
bin Abi talib menyerahkan kunci tersebut kepada Nabi SAW, lalu nabi SAW
menggunakannya untuk membuka pintu kaabah, lalu masuk. Kemudiannya,
menunaikan solat sunat dua rakaat.Setelah
usai menunaikan solat, nabi SAW pun keluar dan melakukan tawaf di
keliling kaabah dengan memegang gugusan Kunci kaabah. Apabila sampai
kepada bapa saudara nabi, Abbas, nabi SAW pun mahu menyerahkan kunci
Kaabah tersebut kepada bapa saudaranya itu.Belum sempat Nabi SAW memberikan anak kunci itu kepada Abbas, maka turun ayat al-Quran;إِنَّ
اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ
اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya;"Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,
dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat"(Surah An-nisa' : 58)Menerima
sahaja ayat ini, Nabi SAW terus menyuruh Ali bin talib menyerahkan
kunci kaabah itu balik kepada Osman bin talhah, sambil meminta maaf
kepadanya.Ketika
Ali bin Talib menyerahkan kunci itu kepada Osman,ketika itu Osman bin
talhah mengucap Shahadah; mengakui keesaan dan ketuhanan Allah, juga
kenabian Muhammad SAW.Tidak
lama kemudian, jibril A.S datang dan memberitahu kepada Nabi SAW bahawa
penjaga kunci Kaabah adalah keluarga Osman bin talhah. Setelah Osman
bin Talhah berhijrah, maka adiknya yang bernama Syaibah pula yang
menjaga kunci Kaabah[1].NABI SAW TIDAK EGOWalau
baginda seorang yang menjawat jawatan nabi, merangkap pimpinan utama
kerajaan islam, ego sekali-kali tidak pernah wujud dalam dirinya.
Apabila wujud sebarang tindakan yang silap, pasti nabi SAW akan
mengakui kesilapan.Keadaan
ini sudah banyak dapat dilihat menerusi sirah nabi, seperti teguran
Allah SWT terhadap nabi dalam sejarah penurunan surah 'Abasa. Juga,
pembenaran ijtihad Omar bin al-Khattab dalam membuat keputusan terhadap
tawanan Badar, yang ketika itu nabi SAW menerima ijtihad dari Abu bakar
as-Siddiq.Keadaan
yang sama juga berlaku buat kali lainnya menerusi penurunan ayat ini.
Waima berjawatan besar, Nabi SAW mengakui kesilapan baginda SAW ketika
ditegur oleh Allah SWT, sehingga sanggup memohon maaf kepada siak
kaabah, Osman bin talhah.AMANAH WAJIB DITUNAIKANAmanah merupakan tuntutan yang wajib ditunaikan. Tanpa menunaikan amanah, azab Allah akan berkunjung tiba. Dalam surah An-Nisa' ayat 58, kita dapat melihat bagaimana suruhan amanah ini merupakan perkara yang penting.Dalam
ayat ini juga, Allah SWT menyuruh nabi SAW dan sesiapa sahaja agar
melaksanakan amanah terhadap sesiapa sahaja. Sama ada terhadap orang
yang berbeda mazhab, juga berbeda agama.Menurut
Imam fakruddin ar-Razi, amanah itu dibahagikan kepada tiga perkara; (a)
amanah terhadap tuhan, (b), amanah terhadap manusia, dan (c) amanah
terhadap diri manusia itu sendiri.Amanah terhadap tuhan adalah, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Adapun amanah terhadap manusia adalah, melaksanakan
segala kewajipan yang wajib dilakukan terhadap manusia, seperti
memulangkan harta yang diberi pinjam, tidak menipu dalam timbangan
ketika berniaga, tidak menyebarkan aib manusia, para pemerintah
melaksanakan keadilan terhadap rakyat, para ulama melaksanakan
kewajipan mereka terhadap orang bawahanya, seperti tidak membina
ketaasuban yang batil, malahan memberi petunjuk kepada manusia dengan
perkara yang boleh memberi manfaat pada hidup mereka di dunia, juga di
akhirat.Amanah manusia terhadap dirinya sendiri pula adalah, dia
melakukan tindakan yang tidak memberi mudharat pada dirinya sendiri,
sebaliknya terus melakukan tindakan yang melahirkan maslahah dan yang
lebih baik untuk dirinya. Begitujuga,
tidak melakukan tindakan yang boleh melahirkan mudharat bagi
kehidupannya di akhirat kelak, seperti mengikut kehendak nafsu syahwat
syaitan, juga mudah marah.TIDAK MAMPU LAKSANAKAN AMANAHOrang yang dapat melaksanakan amanah dengan baik, pasti akan mendapat balasan yang besar di sisi Allah SWT.Dalam
hadis, kita dapat melihat banyak pesanan-pesanan Nabi SAW yang
menggambarkan betapa besarnya keuntungan bagi mereka yang berjaya
melaksanakan amanah.Pun
begitu, jika manusia tidak dapat melaksanakan amanah, maka pesanan azab
yang besar dari Allah SWT terhadap mereka. Justeru, bagi mereka yang
tidak dapat menunaikan amanah, maka hendaklah dia menarik diri dari
memegang sesuatu amanah, seterusnya menyerahkan kepada mereka yang
berhak dan layak.Bagi
pihak yang melantik, melihat kepada orang yang "ada nama" untuk
diberikan sesuatu amanah adalah sesuatu yang tidak tepat, malahan
tersasar. Ini kerana, islam menentukan sesuatu amanah, hendaklah diberi
berdasarkan kepada kelayakan.Lantikan sesuatu amanah tidak berdasarkan kepada kelayakan, boleh melahirkan natijah kehancuran. Seperti sabda Nabi SAW;إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Maksudnya;"apabila disandarkan sesuatu urusan, bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran" (Sahih al-Bukhari : 57)SekianWallahu 'Alam
(kredit)
Posted at 07:11 pm by admin
Permalink
Saturday, March 28, 2009
  
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
Posted at 02:02 pm by admin
Permalink
Thursday, March 05, 2009
MAKLUMAT TEKINI PRGORAM TAUTAN KASIH PJB
Program tautan kasih
Tarikh : 07-08 mac
2008 (Sabtu dan ahad)
Tempat : Lopo
Blue River
Chalet (Bersebelahan Kem Idaman Nurani), Kuala Pangsoon,Hulu Langat, Selangor
Bayaran : RM 50 x 1org (bekerja) RM 40 x 1org (pelajar) 
Pengumpulan ahli dan pengangkutan
1. Kereta / Kenderaan Sendiri
- Elakkan melalui jalan bandar utk
elak kesesakan - berkumpul
di Plaza Tol Saga Batu 9 Lebuhraya
Cheras-Kajang (rujuk peta) sebelum pkul 12tghr.
*kwsn rehat tol mempunyai kemudahan surau,tandas,telefon dll.
- Boleh
teruskn prjalanan ke kem jika lewat (rujuk peta ke kem)
- Bas
|
Dari
|
Turun di
(optional)
|
Naik LRT / Komuter ke
|
Akan disambut oleh
|
|
JB / Melaka / N.9
(Selatan)
|
Seremban
|
Kajang
(Lelaki)
|
Dr
Faizal (0197078941)
|
|
KL / Selangor
|
-
|
|
Perak / Kedah
(utara)
|
< ? >
|
Bndar Tasik Selatan
(perempuan)
|
En Nizam (0133112050)
|
|
Pantai Timur
|
< ? >
|
Posted at 12:39 pm by admin
Permalink
Saturday, February 21, 2009
PROGRAM TAUTAN KASIH ALUMNI PJB
JEMPUTAN KE PROGRAM TAUTAN KASIH
ALUMNI PUSAT ISLAM POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Program yang julung kali diadakan ini bertujuan mengeratkan lagi ukhwah antara bekas pelajar khususnya ahli Pusat Islam Politeknik Johor Bahru. Selain itu, membangkitkan kembali tarbiyah diri bagi menghadapi dunia yang penuh pancaroba di luar kampus. Tanpa sahabat yang membantu satu ketika dulu mungkin kita tidak seperti sekarang….
Tarikh ; 7 dan 8 Mac 2009 10hb – 11hb Rabiul Awal 1430 H
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Kem Idaman Nuraini , Kuala Pangsun, Hulu Langat.
TENTATIF
PROGRAM TAUTAN KASIH PJB KE-1
SABTU 07 MAC 2009
3.00 ptg : Pendaftaran peserta / check in penginapan 5.30 ptg : Bebas 6.30 ptg : Makan malam 7.00 ptg : Solat magrib / Ta'aruf / Solat Isyak 9.00 mlm : Slot 1 : Pengisian Rohani 10.30 mlm : Minum malam 11.00 mlm : Tidur
AHAD 08 MAC 2009
5.00pg : Persiapan kendiri 6.00pg : Solat Subuh/ tazkirah 7.00pg : Aktiviti 1 : Senaman pagi 8.00pg : Sarapan pagi 8.30pg : Aktiviti 2 : Aktiviti keluarga / sukaneka 10.00pg : Diskusi : Penstrukturan / perancangan halatuju organisasi IPM 12.30 tghr : Makan tengah hari/ Solat Zohor 2.00 ptg : Slot 2 : Cabaran dakwah diluar kampus 3.00 ptg : Kemas / check out 3.30 ptg : Majlis penutup
# Bayaran RM 70 / seorang ( bayaran untuk chalet, makan,sewa dewan dll)
* if ada yang nak sponser / cari sponser lg bagus... leh kurangkan perbelanjaan nie.
Kepada ketua setiap batch dikehendaki menghantar jumlah kehadiran kepada ana NURFAZURA BT MOHD SUBLI ( O19-7696591 ) email= nur_hanani84@yahoo.com selawat-lewatnya 25 Februari 09 (rabu ). Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
LANTIKAN KETUA SETIAP BATCH
Tahun 1999 – Akhi Jalal (012- 6581053 ) email = jalal@jkr.gov.my
Tahun 2001 – Akhi Syukri ( 012-6658710 ) email= syuk_juli@yahoo.com
Tahun 2002 – ukhti Masitah Abdullah ( 012-60703994 ) email= wardhatulsafhyah@yahoo.com
Tahun 2003 – Akhi Hafiz ( 013-2361900) email = hafizmhn@yahoo.com
- Akhi Hakim ( 0199490302) email = su_ipm@yahoo.com
Tahun 2004 – Akhi Sofian ( 013-4123873) email = muhamadsuffian@yahoo.com
Tahun 2005 – Ukhti Sahada ( 017-7940503) email = n_sahada@yahoo.com
Tahun 2006 ke atas – Akhi Razif ( 013-7437607 ) email = tok_senyum@yahoo.com
o Ukhti Munawarah ( 013-6258472 )
Yang menjalankan amanah.
Nurfazura bt Mohd Subli AJK Promosi Program Tautan Kasih Ke 1 Politeknik Johor Bahru
Posted at 03:05 pm by admin
Permalink
Friday, May 09, 2008
Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan
diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang
menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya
melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara
malah di peringkat antarabangsa.
Al-Quran
telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk
yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab
suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat
Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam
kehidupan.
Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami
ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu
yang menimpa:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
(dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar
sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana
kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala
permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan
tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat
dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk
menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau
tahkala ditimpa bencana.
"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf,
wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami
(seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh
tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau
serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali
kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui
ta`birnya."
"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh
tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia
pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan
untuk makan."(Surah yusuf 47)
"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya
(tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu
simpan.(Surah yusuf 48)
Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan
bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh
Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak
alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT
selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak
pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab
(Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka
cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu
gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)
Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun
seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan
memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha
sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai
malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun
di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan
atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan
jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Posted at 01:49 pm by admin
Permalink
Assalammualaikum......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ....dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...either belen makanan mak atau abah .... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak
nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar
bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam...
Posted at 01:47 pm by admin
Permalink
Wednesday, April 23, 2008
Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Furqan ayat 74:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah
kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami,
perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta
jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Ayat di atas merupakan siri sifat mulia yang Allah SWT senaraikan di dalam surah al-Furqan sebagai sifat “Ibaad ar-Rahmaan”
atau “hamba-hamba bagi Tuhan yang Pengasih”. Ia meliputi sifat-sifat
mukmin secara individu, mukmin sebagai da’ie, mukmin yang mentaati
Allah sesempurnanya dan mukmin yang mencegah dirinya dari sifat-sifat
keji dan perlakuan jenayah yang mencela Tuhan lagi mendatangkan mudarat
kepada sesama manusia.
Namun, salah satu daripada sifat keutamaan hamba-hamba Allah ini,
adalah sifat dan peranannya sebagai pemimpin kepada keluarga. Bukan
sahaja beliau berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang
sejati, beliau juga tidak lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang
kejayaan yang hakiki. Ini adalah sifat sebenar bagi orang yang berjaya,
kerana mereka yang berjaya bukanlah dari golongan yang berjaya
sendirian. Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa
orang lain untuk berjaya bersama-sama dengannya. Dan sudah tentulah
orang lain yang paling utama untuk dibawa bersama ke mercu kejayaan
adalah isteri dan anak-anak.
Walau bagaimana pun, doa seorang mukmin yang bertanggungjawab
terhadap isteri dan anak-anaknya ini, mestilah diteliti dengan cermat
kerana terdapat banyak sentuhan halus al-Quran yang wajar dijadikan
bahan penitipan tarbiah.
Mungkin bagi seorang suami dan bapa yang ‘biasa’, doanya bersahaja.
Dia akan memohon kepada Allah SWT supaya menjadikan isteri dan
anak-anaknya sebagai orang-orang yang bertaqwa. Mungkin beliau akan
berkata “Ya Allah, jadikanlah diriku, isteri dan anak-anakku sebagai orang yang bertaqwa”.

Namun kehalusan al-Quran (Lathaa’if Qur’aaniyyah) mengolah
doa seorang suami dan bapa yang bersifat dengan sifat Ibaad ar-Rahmaan
dengan cara yang lebih teliti. Renungi kembali ayat al-Quran tersebut:

“Serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Doa tersebut menggunakan konsep Imam dan Makmum di dalam
pengendalian peranan suami dan bapa. Ia lebih kukuh kepada mendatangkan
makna seorang mukmin yang sejati kerana doa ini adalah doa yang di
dalamnya ada amali. Ia bukan doa yang miskin usaha, sebaliknya doa yang
disertai dengan pengorbanan, kesusahan dan ikhtiar. Mana mungkin begitu
mudah kita memohon agar Allah mengurniakan ‘penyejuk mata’ melalui
isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu kita berikhtiar, sebagai
memenuhi Sunnatullah yang memberi kepada yang berusaha?
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
“Jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.
Sebelum seorang mukmin memohon agar Allah menjadikan isteri dan anaknya
sebagai orang yang bertaqwa, beliau memohon agar dirinya menjadi imam
kepada golongan muttaqin ini. Ertinya, jika dia mahu isteri dan anaknya
bertaqwa kepada Allah, maka dialah yang terlebih dahulu menjadi orang
yang paling bertaqwa, sebagaimana imam yang memiliki kelebihan yang
lebih daripada makmum. Maksudnya, doa ini mengajar kepada kita supaya
membentuk diri agar menjadi seorang yang bertaqwa, lantas dari situlah
nantinya, Allah melapangkan dada isteri dan anak-anaknya untuk
menyusuri jalan Taqwa yang sama. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal
kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan
hanya dengan konsep carrot and stick sebagai metodologi mudah
amalan kebanyakan kita. Walk your talk, itulah kunci kejayaan di dalam
memimpin sebuah rumahtangga yang bertaqwa.

SIFAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP JEMAAHNYA
Di antara aspek yang boleh ditonjolkan melalui konsep Imam dan
Makmum ini adalah rasa tanggungjawab yang ada pada diri seorang imam
terhadap makmum yang mengikutnya. Imam mengambil 100% tanggungjawab
memimpin jemaahnya agar dapat menunaikan solat dengan betul mengikut
kaifiyat serta berdisiplin di dalam perlakuannya. Imam perlu
membetulkan saf makmum, membaca ayat-ayat al-Quran yang mendidik
jemaahnya, serta menampung kekurangan makmum di dalam pembacaan
al-Fatihah dan lain-lain.
Begitulah konsep yang sama di dalam sebuah keluarga. Seorang suami
dan bapa hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap segala
keadaan isteri dan anaknya. Beliau mendisiplinkan mereka, manakala
salah laku dan kecacatan yang ada pada isteri dan anak hendaklah
dipulangkan kepada diri suami dan bapa. Renungi sejauh mana kita telah
melaksanakan tugas tersebut dan apakah dosa peribadi yang telah kita
lakukan sehingga kesannya tertimpa kepada isteri dan anak-anak.
Masyhur sekali kisah seorang anak yang gemar mencuri pensel
kawan-kawannya di sekolah kerana ayahnya sendiri sering membawa pulang
pen pejabat ke rumah untuk kegunaan peribadi. Anak berdosa, isteri
ingkar, jangan segera menyalahkan mereka tetapi muhasabahlah diri
kerana itu etika seorang imam terhadap makmumnya.
BERHUBUNG DAN TIDAK MUFARAQAH
Salah satu elemen yang penting di dalam pembentukan sebuah institusi imam dan makmum dan hubungan yang wujud di antara mereka.

Imam mestilah sentiasa berhubung dengan makmum. Ia berlaku melalui
suara pembacaannya yang cukup jelas untuk diamati serta perbuatannya
yang dapat dilihat oleh makmum untuk diikuti. Tidak mungkin dan tidak
harus bagi seorang imam untuk berada di tempat yang tidak dapat diikuti
oleh makmumnya. Dia harus sentiasa mengekalkan hubungannya dengan
makmum. Terus berhubung, kerana melalui perhubungan itulah peranan imam
terlaksana.
Hal ini mengingatkan kita kepada suatu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love & Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Kimberly Kirberger
“If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.
Ayat “I would do less correcting and more connecting” mestilah direnungi secara serius oleh setiap bapa dan suami. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap
kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh
suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat
tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala
seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat
Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Budaya ‘man-to-man’, ‘heart-to-heart’
dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana
kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa.

Lebih parah adalah sikap bapa yang tidak berhubung dengan anak-anak.
Kita mengambil falsafah burung membesarkan anak-anak kita yang manusia.
Kita bina sarang di dahan yang tinggi untuk keselamatan, kita keluar
awal pagi untuk mencari rezeki dan kemudian pulang ke rumah dengan
rezeki untuk disuap ke mulut anak-anak yang menjerit-menjerit seperti
anak burung itu tadi.
Namun, perlulah diinsafi bahawa anak-anak kita menjerit bukan
semata-mata kerana perut yang lapar dan fizikal yang berhajat, namun
jiwa mereka turut kelaparan. Mereka mahu ‘dihubungi’. Mereka mahu
didengari, mereka mahu rasa ‘dekat’ dengan bapa mereka. Lihat sahaja
perilaku Rasulullah SAW yang membelai rambut anak cucunya, mencium
mereka, berhenti berceramah untuk memeluk Hasan serta Husain, sujud
lama kerana membiarkan Husain yang sedang menunggang Baginda dan
pelbagai contoh Baginda membina body contact.
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga diberitakan memberi salam
kepada kanak-kanak. Baginda juga tidak meminggirkan kanak-kanak dari
gurau senda dan perbualan seharian Baginda SAW.
Dari Sahl bin Saad as-Saa’idi RA, bahawa Rasulullah SAW pernah suatu
ketika dihindangkan dengan minuman. Di kanan Baginda terdapat seorang
kanak-kanak, manakala di sebelah kiri adalah orang-orang dewasa.
Selepas meminum sebahagian minuman tersebut, Baginda SAW bertanya
kepada budak itu: “adakah kamu izinkan aku memberikan air ini kepada
mereka (orang-orang dewasa)?” Lalu budak itu menjawab: Tidak, demi
Allah aku tidak akan lepaskan bahagianku darimu kepada sesiapa pun!
MEMBETUL DAN DIBETULKAN
Isteri dan anak adalah amanah yang mesti dipelihara dengan baik.
Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh
di antara imam dan makmum, membolehkan proses membetulkan itu dilakukan
dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami
dengan isteri dan anaknya. Mulakan kewajipan membetul itu dengan
membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk
dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan
menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.
Namun, di dalam melaksanakan kewajipan itu, imam juga bersedia untuk
dibetulkan. Jika sedang menjalankan tugasnya sebagai imam di dalam
solat, ada kesilapan yang berlaku, makmum berhak bahkan dituntut untuk
membetulkan imam.

Demikianlah keadaan bagi sebuah rumahtangga yang bertaqwa. Seorang
suami atau ayah yang sedang melaksanakan tugasnya sebagai imam, pasti
sesekali akan melakukan kesilapan yang lazimnya berpunca dari alpa dan
leka. Maka isteri dan anak-anak hendaklah mengambil peranan membetulkan
kesilapan itu dengan cara-cara yang sopan dan mulia. Dalam masa yang
sama, ketua keluarga tersebut hendaklah pula berlapang dada menerima
teguran kerana matlamat dan tujuan rumahtangga itu adalah keredhaan
Allah. Fokus rumah tangga itu adalah menyempurnakan apa yang Allah
suruh dan apa yang Allah larang. Ketika sedang menuju Allah, kita bahu
membahu menyusuri jalan yang panjang itu.
TIDAK MELEBIHI HAD LAJU
Seorang imam yang bertimbang rasa akan sentiasa peka dengan
keupayaan dan keadaan makmumnya. Makmum yang tua akan dirai dengan
tidak terlalu memanjangkan bacaan. Makmum yang muda terhibur dengan
bacaan yang jelas lagi bertenaga. Janganlah pula imam itu terlalu laju
sehingga membiarkan jemaahnya tunggang langgang. Atau seronok sendiri
sehingga makmumnya tercicir.
Begitulah keadaannya ketika sebuah rumah tangga yang dipimpin oleh
seorang hamba kepada Tuhan yang Pengasih. Ketika dia dalam perjalanan
menuju Allah, janganlah sekali-kali isteri dan anak-anak itu
ditinggalkan.
Andaiannya, selepas kita berhenti rehat semasa di lebuhraya, lantas
tiba-tiba menyedari yang anak kita tertinggal di kawasan rehat, 40km di
belakang, bayangkan perasaan kita semasa itu. Bayangkan betapa cemasnya
kita mencari u-turn atau simpang untuk berpatah balik menyelamatkan
anak yang sudah tentu sedang menangis teresak-esak di celah kekecohan
orang ramai.
Namun, apakah perasaan kita sama semasa kita meninggalkan anak dan
isteri di dalam perjalanan kita menuju Allah. Kita sibuk dengan
kerja-kerja kebajikan serta pertempuran mencari rezeki menampung
kehidupan, tidakkah ramai di kalangan kita yang membiarkan anak kita
keciciran dan sedar-sedar kita sudah tiada u-turn untuk kembali menyelamatkannya.
Janganlah terlalu deras menurut desakan keperluan hidup sehingga
kita tercicirkan isteri dan anak yang kebingungan itu. Jangan
sekali-kali…
ERTI DOA YANG SEBENAR

Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari
isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi
penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam
bagi orang-orang yang bertaqwa”
Sesungguhnya doa ini amat besar maknanya. Ketika menadah tangan
memohon hidayah dari Allah, mohonlah dengan sedar supaya Allah
menjadikan kita terlebih dahulu sebagai insan paling bertaqwa, kerana
yang paling bertaqwa itulah sahaja yang layak menjadi imam bagi makmum
yang bertaqwa.

“ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya
adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras
dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang
Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah
(oleh Allah)” [At-Tahrim 6
Posted at 12:52 pm by admin
Permalink
Wednesday, April 16, 2008
Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri
sedang makan disuruh cebuk kencing berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax seda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata & sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isterikalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggokbelum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermindulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besarkemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi sayadengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman
"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Posted at 11:09 am by admin
Permalink
Thursday, January 24, 2008
BERSANDAR HANYA KEPADA ALLAH
1. Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. 2. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah. 3. Seorang ahli hikmah berkata” Contoh orang yang beramal dengan riyaa' atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: "Alangkah banyaknya wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa' sum'ah, tidak ada pahalanya di akirat kelak. 4. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.” 5. Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak. 
Posted at 11:21 am by admin
Permalink
Berakhlak Baik Dan Meninggalkan Perkara Yang Tidak Bersangkutan Dengannya
1. Seorang mukmin yang sebenar akan melakukan kebaikan terhadap manusia tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaan daripada Allah S.W.T. 2. Perbuatan baik yang ikhlas adalah yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. 3. Akhlak yang mulia menandakan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Oleh itu umur yang berkat ialah orang yang hidupnya dipenuhi dengan jasa bakti dan kebaikan yang menjadikan masyarakat di sekelilingnya sayang terhadapnya dan merasa kehilangan apabila ketiadaannya. Bak kata pepatah”harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. 4. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri akan kekal bahagia jika di antara satu sama lain saling hormat-menghormati serta kasih mengasihi di antara satu sama lain. Mereka akan disayangi oleh anak-anak dan kaum keluarga. 
Posted at 11:06 am by admin
Permalink
|
|
 |
|
 |
 |
 |
adminMalaysia IKATAN PROFESIONAL MUSLIM
|
 |
|